Thursday 31 January 2013

Puih

Aku benci dengan semua ni!
Yupp, benci!
SANGAT!
-.-V

Tuesday 1 January 2013

SPM 2013

9A+ SPM'13, Amin :')
Wish me luck, guys!!! :p


















p/s: Awak yang tinggal kat Suriamas Suites tu, taknak cakap goodluck ke kat kita Y.Y


Permulaan 2013

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia :3 
Sempena menjelangnya tahun 2013...
Hmmmmmmmmm...
*tadah tangan*





Bismillahirrahmanirrahim/بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ya Allah Ya Tuhanku, aku, Nur Syuhada Binti Sanusi, sebagai hambaMu yang lemah bergantung kepadaMu, ya Allah. Aku berharap pada tahun 2013 ini dapat mendatangkan kejayaan dan keberkatan kepada diriku, Ya Allah.
Aku juga berdoa kepadaMu semoga aku dapat menjadi insan dan hambaMu yang lebih baik pada tahun ini dan dapat mentaati segala perintahMu, Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, kau jadikanlah aku seorang anak yang solehah yang dapat membanggakan kedua-dua ibubapa ku, Ya Allah. 
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lah maha pengampun Ya Allah. Kau ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua-dua ibubapaku, dosa rakan-rakanku, dosa jiran-jiranku,dosa guru-guruku dan kaum muslimin di bumiMu ini Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tabahkanlah hati ku ini, untuk menghadapi segala ujian yang Kau akan berikan kepadaku Ya Allah.
Aku juga memohon kepadaMu Ya Allah, kau murahkanlah rezeki kedua-dua ibubapa ku, Ya Allah. Kau lindungikanlah diri mereka dan Kau permudahkanlah segala urusan mereka didunia dan akhirat, Ya Allah. 
Aku memohon kepadaMu Ya Allah, Kau lah Maha Pengasih, Kau lah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah Ya Allah, Kau berikanlah kami pelajar-pelajar Samura Batch 30 keputusan straight A+ dalam peperiksaan SPM tahun 2013, Ya Allah. Kau permudahkanlah diri kami untuk menjawab semua soalan dalam setiap peperiksaan pada tahun ini, Ya Allah. Kau berikanlah juga pelajar-pelajar Samura Batch29 keputusan straight A+ dalam peperiksaan SPM tahun 2012, Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lah Maha Perancang Ya Allah. Kau berikanlah aku, jodoh yang baik. Berikanlah aku bakal suami yang soleh, bertanggungjawab dan yang dapat menjaga dan memeliharaku dan keluargaku di dunia dan akhirat, ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lah Maha Mendengar segala masalah, rintihan dan luahan hati hamba-hambaMu, Ya Allah. Kau makbulkanlah doa hambaMu ini, Ya Allah...
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin :')